GTA? Tony Hawks? Ini Dia 10 Permainan Video Popular Untuk Sony Playstation 2! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

GTA? Tony Hawks? Ini Dia 10 Permainan Video Popular Untuk Sony Playstation 2!


Selain Sony Playstation 4, Sony Playstation 2 antara konsol yang lama bertahan dipasaran. Banyak permainan video dihasilkan untuk konsol dari Sony ini.Masihkah korang semua ingat game yang korang pernah mainkan pada Sony Playstation 2? Jadi kali ini kami kongsikan 10 permainan video popular untuk Sony Playstation 2.

Grand Theft Auto

Sumber gambar dari YouTube
Dua game ini pernah menjadi popular sewaktu zaman kegemilangan Sony Playstation 2. Berkonsepkan action-adventure, game ini hanya sesuai dimainkan oleh mereka yang berumur 17 tahun keatas kerana mengandungi unsur seperti seks, keganasan dan bahasa kesat. Game ini membolehkan korang lakukan apa sahaja yang korang tidak boleh lakukan di dunia nyata. Game ini juga hadir dengan ‘cheat’ yang memberikan korang pengalaman menarik bermain game ini. Jenuh jugalah dulu nak hafal sambil main game ni.

FIFA Street

Sumber gambar dari Google
Selain GTA, FIFA Street antara game yang popular dimainkan di Sony Playstation 2. Game ini merupakan spin -off game bola dari FIFA series yang memfokuskan trick atau style bermain bola secara ’street freestyle’. Game ini menggunakan pengaruh Ronaldo dan Ronaldinho yang sememangnya terkenal dengan street football dan gaya samba dari negara mereka, Brazil. Game ini dibangunkan oleh EA Canada dan diterbitkan dibawah EA Sport BIG.

Resident Evil 4

Sumber gambar dari YouTube
Mesti ramai yang pernah main game ni dulu. Game ini merupakan game story yang popular untuk Sony Playstation 2 ketika itu. Game yang bergenre survival horror ini berfokuskan action dan shootouts yang dibangunkan oleh Capcom pada tahun 2005. Watak utama dalam game ini adalah Leon, seorang ejen kerajaan yang ditugaskan untuk menyelamatkan anak seorang presiden, Ashley yang ditangkap oleh Los Illuminados untuk digunakan sebagai alat bagi menakluki dunia.

Bully

Sumber gambar dari Playstation
Game Bully ini seakan sama dengan game GTA sebelum ini, cumanya ia berlatar belakangkan dunia high school. Ini kerana game ini turut dihasilkan oleh Rockstar. Bully mengisahkan seorang budak nakal yang bernama Jimmy Hopkins yang dihantar ke sekolah asrama sementara ibu dan dan suami barunya pergi berbulan madu. Dalam game ini korang akan menjalankan beberapa misi, sekiranya berjaya korang akan mendapat ganjaran wang dan point respect korang jug akan meningkat.

Final Fantasy X

Sumber gambar dari DarkStation
Final Fantasy X ni antara game yang popular dimainkan pada Sony Playstation 2. Ia dihasilkan pada tahun 2001 oleh Square sebagai tenth entry untuk Final Fanatasy Series. Berlatarbelakangkan dunia fantasi dikenali sebagai Spira, game ini adalah game story mengenai sebuah kumpulan pengembara dan pencarian mereka untuk menumpaskan raksasa bernama Sin. Tidus memulakan perjalanan untuk menumpaskan Sin setelah bandar yang didiaminya sebelum ini, Zanarkand dimusnahkan oleh raksasa berkenaan.

Tony Hawk’s Underground

Sumber gambar dari Emuparadise
Game bertemakan skateboarding ini turut popular dimainkan pada Sony Playstation 2. Game ini memerlukan korang melakukan beberapa trick skateboarding pada masa yang sama korang kena melengkapkan beberapa misi yang diberikan. Game ini adalah entry kelima dari series Tony Hawk’s yang dikeluarkan oleh Activision pada tahun 2003 di mana menampilkan real world professional skateboarder, misalnya Chad Muska dan Stacy Peralta selain Tony Hawk sendiri.

Guitar Hero II

Sumber gambar dari MobyGames
Game ini tampil sebagai music rhythm video game yang dibangunkan oleh Harmonix, dimana game ini merupakan siri kedua dari Guitar Heroes series. Game ini memerlukan tahap kepekaan yang tinggi, kerana korang perlu menekan butang pada controller mengikut note musik yang disediakan berdasarkan lagu yang dimainkan. Berdasarkan carian kami, game ini mempunyai lebih 40 lagu berlesen popular. Dikatakan game ini sudah dijual sebanyak 3.1 juta salinan.

Need For Speed Underground 2

Sumber gambar dari YouTube
Dengar je lagu Rider on the Storm pasti korang akan ingat game ini. Game ini antara game lumba kereta dari EA yang popular untuk Sony Playstation 2, yang pernah dikeluarkan. Game ini mempunyai dua mode, perlumbaan biasa dan juga story mode. Kalau story mode, ada beberapa misi yang perlu korang lakukan. Game ini adalah kesimbungan kepada Need For Speed Underground 1. Game ini bolehkan korang membeli dan mengubahsuai kereta berkenaan mengikut citarasa.


Harvest Moon

Sumber gambar dari AppAgg
Selain dari game yang disebutkan sebelum ini, game Harvest Moon A Wonderfull Life ini turut popular dimainkan. Game ini mengajar korang untuk menjadi seorang petani dan juga penternak. Dalam game ini korang akan diberi lembu, tanaman dan ladang untuk dijaga dan dikembangkan sehingga memproleh keuntungan. Game ini merupakan salah satu siri daripada Story of the Season yang dibangunkan oleh Marvelous Interactive pada thun 2004.

Tomb Raider

Sumber gambar dari Game Spot
Yang terakhir adalah game Tomb Raider. Untuk Sony Playstation 2, game ini mempunyai 4 jenis sekuel, iaitu Angel of Darkness, Legend, Anniversary dan Underworld dari keseluruhan series Tomb Raiders. Game ini bergenre action-adventure game yang menceritakan pengembaraan seorang ahli arkeologi British, Lara Croft. Untuk info korang, Guinness Book of World Record telah menobatkan Lara Corft sebagai “Most Successful Human Videogame Heroine” pada tahun 2006.

+ Baca respon pembaca 10 permainan video popular Sony Playstation 2 di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.