Gol Minit Terakhir Michael Obefami Bikin MU Kekal Di Tangga Kelima - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Gol Minit Terakhir Michael Obefami Bikin MU Kekal Di Tangga Kelima


Hasrat Manchester United untuk naik ke tangga ketiga liga tidak kesampaian selepas terikat 2-2 dengan Southampton. Beraksi di Stadium Old Trafford pasti memberi sedikit kelebihan buat MU yang ingin mendapatkan 3 mata penuh bagi mencerahkan peluang layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.


Walaubagaimanapun, anak-anak buah Solksjaer dikejutkan dengan gol pertama Southampton menerusi Stuart Armstrong pada minit ke-12 selepas beliau berjaya menyempurnakan hantaran lintang dari Redmond. MU kembali menyamakan kedudukan hasil sepakan leret Marcus Rashford pada minit ke-20 sebelum Martial meledak gol kedua MU 3 minit kemudian menerusi satu gerakan solo menarik dan melakukan rembatan padu untuk menewaskan Alex Mccarthy.


Bersambung separuh masa kedua, Redmond hampir menyamakan kedudukan 5 minit sebelum wisel penamat namun percubaan beliau ditepis De Gea. Akhirnya gawang MU dibolosi pada minit-minit terakhir perlawanan menerusi Michael Obefami selepas beliau berjaya menolak bola ke dalam gol hasil sepakan penjuru yang diambil oleh Ward-Prowse. Keputusan ini menyaksikan MU kekal di tangga kelima liga.


OHMEDIA: MU PERLU MENANG BAKI 3 PERLAWANAN LIGA JIKA INGIN LAYAK KE SAINGAN UEFA CHAMPION LEAGUE MUSIM HADAPAN

+ Baca respon pembaca gol minit terakhir Michael Obefami bikin MU kekal di tangga kelima di Facebook Oh! Media



Dikuasakan oleh Blogger.