Gandingan Pogba & Bruno Pastikan Brighton Menangis - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Gandingan Pogba & Bruno Pastikan Brighton Menangis


Manchester United kembali meneruskan sasaran mereka untuk layak ke liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Brighton 3-0 di Amex Stadium. Ternyata kemasukan Pogba dan Bruno Fernandes dalam kesebelasan utama memberi impak kepada jentera tengah MU.


Bruno hampir meletakkan MU di depan seawal minit ke 11 namun percubaan beliau dari luar kotak penalti terkena tiang. 5 minit kemudian pemain muda berusia 18 tahun, Mason Greenwood berjaya membuka tirai jaringan menerusi satu gerakan menarik sebelum melepaskan rembatan leret menewaskan Ryan.


Bekas pemain Sporting Lisbon, Bruno Fernandes akhirnya berjaya untuk menyumbat gol dalam perlawanan ini menerusi rembatan "swing" dari luar kotak penalti. Bersmbung separuh masa kedua, Bruno sekali lagi menjadi tumpuan selepas melakukan rembatan "volley" cantik untuk gol kedua peribadi beliau. Keputusan 3-0 kekal sehingga wisel penamat menyaksikan MU naik ke tangga kelima dengan 52 mata.


OHMEDIA: PUJIAN HARIS DIBERIKAN KEPADA GREENWOOD SELEPAS MENJARINGKAN 1 GOL DAN 1 BANTUAN GOL DALAM PERLAWANAN INI. 

+ Baca respon pembaca gandingan Pogba dan Bruno pastikan Brighton menangis di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.