Dapatkan Vivo TWS Neo Pada harga RM359, Low Latency Sehingga 88ms - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Dapatkan Vivo TWS Neo Pada harga RM359, Low Latency Sehingga 88ms


Vivo juga tak ketinggalan untuk mengeluarkan wireless earphone terbaru mereka iaitu Vivo TWS Neo bagi memudahkan pengguna untuk berinteraksi, mendengar lagu dan sebagainya. Lagipun smartphone yang baru-baru keluar ni kebanyakkannya memang dah tak disediakan dengan audiojack dah guys, so korang memang dah kena beralih ke wireless earphone.


Wireless earphone dari Vivo ni mempunyai kualiti audio yang sangat best dan dilengkapi dengan sokongan transmisi berkualiti-CD. Bukan tu jer, Vivo TWS Neo Earphone ni juga mempunyai low latency sehingga 88ms. Semuanya berjalan dengan smooth sebab adanya cip Qualcomm T1 didalamnya.

Korang tak perlu risau dari segi ketahanan bateri sebab Vivo TWS Neo ni mampu bertahan sehingga 22.5 jam penggunaan guys. Sesiapa yang berminat dengan earphone terbaru dari Vivo ni boleh dapatkannya di laman web rasmi Vivo atau pengedar rasmi mereka dengan harga RM359 jer sekarang.

Kredit: Vivo Malaysia

+ Baca respon wireless earphone terbaru Vivo di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.