Budak Perempuan Ini Sanggup Belajar Bahasa Isyarat, Untuk Ucap Terima Kasih Pada Seorang Posmen Pekak Dan Bisu! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Budak Perempuan Ini Sanggup Belajar Bahasa Isyarat, Untuk Ucap Terima Kasih Pada Seorang Posmen Pekak Dan Bisu!


Meskipun mereka tidak sempurna, kita tidak harus meminggirkan golongan kelainan upaya. Mereka juga insan biasa seperti kita, yang mahu dilayan seperti insan biasa. Malahan ada diantara mereka yang melakukan pekerjaan seperti orang normal, keluar dari zon selesa.

Seorang budak perempuan dikenali sebagai Tallulah sanggup untuk belajar bahasa isyarat hanya untuk mengucapkan rasa terima kasih kepada seorang posmen bernama Tim Joseph ketika perintah berkurung dilaksanakan di negaranya.

Sumber gambar dari Metro.co.uk
Tim Joseph adalah seorang posmen kelainan upaya dalam kategori pekak dan bisu. Dari video berkenaan, kelihatan beliau sungguh terharu dengan perbuatan budak berkenaan. Hatinya tersentuh kerana ini pertama kali seorang budak berusia 8 tahun berkomunikasi dengannya degan menggunakan bahasa isyarat.

Mereka juga bergurau sesama sendiri dengan menggunakan bahasa isyarat berkenaan. Sebelum ini budak perempuan berkenaan berkomunikasi menggunakan lukisan sebagai medium untuk mengucapkan terima kasih kepada Tim Joseph atas kerja keras yang dilakukan beliau.



OHMEDIA: INDAHNYA DUNIA JIKA TIADA PERBEZAAN ANTARA KITA, SEMUA MANUSIA DILAYAN SAMA TANPA MELIHAT KEKURANGAN PADA DIRI SESEORANG BERKENAAN.

Kredit: Metro.co.uk

+ Baca respon pembaca seorang kanak-kanak sanggup belajar bahasa isyarat untuk ucap terima kasih pada seroang posmen pekak dan bisu di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.