Bella Astillah Bersalin Anak Kedua - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Bella Astillah Bersalin Anak Kedua


Tahniah Ohmedia ucapkan kepada pelakon dan penyanyi, Dayang Nabellah Awang Astillah atau lebih dikenali sebagai Bella Astillah selamat melahirkan cahaya mata perempuan semalam di salah sebuah pusat perubatan pada pukul 6.10 pagi. Alhamdulillah.


Perkongsian itu telah dibuat menerusi akaun Instagramnya semalam. Menurut Bella, proses melahirkan anak keduanya itu agak sama selama 1 jam setengah dengan anak sulungnya, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Syukur alhamdulillah, Bella dah selamat bersalin. Thank you so much kepada yang sentiasa mendoakan Bella. Yeay, it’s our wefie. Sampai hospital tadi 3.30 pagi, my baby princess keluar jam 6.10 pagi. Alhamdulillah. *abang dulu 1 jam setengah, adik pun sama 1 jam setengah.

Bella Astillah dan Aliff Aziz berkahwin pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean. Beberapa bulan yang lalu, Bella memberitahu kepada warganet bahawa dia hamil anak kedua selepas memutuskan untuk dirujuk semula dengan suaminya yang dicerai pada 1 Mei tahun lepas.

OHMEDIA: TAHNIAH BELLA DAN ALIFF AZIZ!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.