Bapa Sanggup Rogol & Lacur Anak Kandung Kini Diburu Polis! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Bapa Sanggup Rogol & Lacur Anak Kandung Kini Diburu Polis!


Tak dapat digambarkan apabila ada bapa yang sanggup menjual maruah anak kandungnya sendiri demi kesenangannya. Ohmedia maksudkan dengan kejadian yang berlaku kepada seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang telah dilacurkan bapanya sendiri sejak tiga tahun lepas.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan yang kini sedang memburu seorang lelaki yang dituduh melakukan perbuatan terkutuk itu di kediaman mereka di Kajang.

Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai mula dirogol oleh ayah kandungnya sewaktu berumur 10 tahun dan kegiatan itu diketahui ibu mangsa, namun tidak melakukan sebarang tindakan selepas suspek berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya. Suspek dipercayai telah membawa pelanggan pulang ke rumah dan memaksa mangsa melayani kehendak seks pelanggan tersebut, namun tiada sebarang bayaran diperolehi daripada layanan seks diberikan. - Katanya.

Sungguh tidak mempunyai hati dan perasaan! Apa yang lebih menyakitkan hati adalah suspek dipercayai telah membawa lebih 20 orang pelanggan yang dibawa pulang ke rumah dan memaksa anaknya melayan nafsu binatang ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376B/372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Info lanjut, kita juga boleh membantu pihak polis jika mempunyai maklumat mengenai kes ini dengan berhubung di mana-mana balai polis berdekatan atau hubungi pegawai penyiasat kes, Insp. Norhafizah Borhannudin di talian 018-3903410 atau 03-89114222.

Kredit: Malaysiakini

+ Baca respon pembaca yang geram dengan kejadian ini di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.