Bapa Kepada Anak Muda Berbakat Sofyank Meninggal Dunia Malam Tadi - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Bapa Kepada Anak Muda Berbakat Sofyank Meninggal Dunia Malam Tadi


Bapa kepada Sofian atau lebih dikenali sebagai Sofyank dilaporkan telah meninggal dunia malam tadi yang dikongsikan melalui akaun Twitter miliknya.

Dalam perkongsian Sofyank, dia turut meminta agar sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayahnya bernama Abdullah bin Mohamed dan telah dikebumikan selepas solat Isya malam tadi (9 Julai 2020).

Minta sedekahkan al-fatihah untuk arwah ayah sy yang baru kembali ke rahmatullah hari ini.. Abdullah bin Mohamed. Al fatihah (dibaca). Untuk makluman, jenazah Ayahnda akan di solatkan di Masjid Wakaf Bharu selepas Solat Isya' mlm ini dan di simpan di tanah perkuburan bersebelahan Masjid Al Amin, Wakaf Bharu. - Tulisnya.


Sofyank cukup terkenal dengan penghasilan video pendek yang cukup kreatif dengan jalan cerita dan CGI yang menarik. Namanya meningkat naik selepas berjaya berjumpa dan hasilkan video bersama idolanya iaitu Zachking.


Netizen turut bersedih dengan pemergian insan tersayang yang pastinya menjadi penyokong tegar Sofyank selama ini.


Kredit: Twitter Sofyank96

+ Baca respon pembaca yang bersedih dengan berita ini di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.