Bagaimanakah Cara Menjadi Orang Islam Yang Baik - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Bagaimanakah Cara Menjadi Orang Islam Yang Baik

SOALAN


Ohmedia pasti kita sebagai orang islam pasti pernah melakukan dosa atau kesilapan. Jadi, bagaimanakah cara untuk menjadi orang islam yang baik?


JAWAPAN 


Untuk menjadi seorang Islam yang baik tidak dapat tidak mesti seorang itu mengetahui akan segala aib dan kesalahan dirinya sendiri.

Seorang yang mempunya aib dan kekurangan tetapi tidak menyedarinya maka selamanya dia berkadaan begitu sampai ketika dia bertemu dengan Allah.

Hikmah mengetahui aib dan kecelaan diri ialah apabila mengetahuinya maka senanglah untuk merawatnya sebagaimana seorang pesakit yaitu apabila doktor mengetahui penyakitnya maka senanglah penyakitnya itu dirawat tetapi amatlah sukar memberi rawatan kepada orang sakit yang tidak diketahui akan penyakitnya.

Kerana itulah berkata Imam Al-Ghazali :


إعلم أن الله عز وجل إذا أراد الله بعبد خير بصره بعيوب نفسه، فمن كانت بصيرته نافذة لم تخف عليه عيوبه، فإذا عرف العيوب أمكنه العلاج، ولكن أكثر الخلق جاهلون بعيوب أنفسهم، يرى أحدهم القذى فى عين أخيه ولا يرى الجذع فى عين نفسه


Artinya : “Ketahui olehmu sungguhnya Allah Taala apabila menghendaki akan seorang hamba itu menjadi seorang yang baik nescaya Allah akan membuka mata hatinya sehingga dia dapat melihat aib dirinya sendiri. Barang siapa yang terbuka mata hatinya sudah tentu tiada tersembunyi lagi segala aib dan kekurangan dirinya. Maka apabila sudah dikenali akan segala aib diri nescaya memudahkan atas mengubatinya. Akan tetapi kebanyakkan manusia jahil mereka itu dengan aib diri mereka itu. Meraka hanya melihat keburukkan pada saudaranya tetapi tidak nampak kekurangan dan kecelaan yang ada pada diri sendiri.” (Kitab Ihya’ Ulumiddin)


Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca bagaimanakah cara menjadi orang islam yang baik di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.