Asus ROG Zephyrus Duo 15 Mungkin Tiba Di Malaysia Pada Ogos Nanti - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Asus ROG Zephyrus Duo 15 Mungkin Tiba Di Malaysia Pada Ogos Nanti


Asus Malaysia akan memperkenalkan laptop gaming terbaru mereka iaitu Asus ROG Zephyrus Duo 15 dipasaran tempatan guys tak lama lagi guys. Apa yang Ohmedia dapati, laptop gaming terbaru dari Asus ni akan dibawa masuk ke Malaysia pada bulan depan. Pergh! Mesti ada antara korang yang berminat kan dah agak-agak berapalah harganya ya?


Asus ROG Zephyrus Duo 15 ni didatangkan dengan dua skrin dimana skrin utama adalah sebesar 15.6 inci Ultra HD dan skrin sentuh kedua bersaiz 14 inci beresolusi 3480x1100 pixel. Ia juga datang dengan dua cip pemprosesan yang dikuasakan untuk korang pilih sama ada Intel Core i9-10980HK ataupun Intel Core i&-10875H.


Korang juga boleh memilih graphic sama ada ingin dukuasakkan dengan NVIDIA GeForce RTX 2080 Super ataupun NVIDIA GeForce RTX 2070 Super pada ROG Zephyrus Duo 15 ni. Untuk memori, laptop gaming Asus ini hadir dengan 16GB RAM yang boleh ditambah sehingga 48GB dan storage SSD PCIe sebesar 1TB dan storage SSD SATA juga sebesar 1TB.

Kredit: Asus Malaysia

+ Baca respon pembaca laptop gaming terbaru Asus di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.