Adakah Umat Islam Dibenarkan Solat Jamak Ketika Melancong? - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Adakah Umat Islam Dibenarkan Solat Jamak Ketika Melancong?



SOALAN 


Ohmedia pasti antara antara kita yang gemar pergi melancong ke tempat yang menarik pada setiap bulan. Jadi, adakah solat Jamak boleh dilakukan ketika melancong?

JAWAPAN 


Keharusan melakukan solat jamak dan qasar bagi musafir tidaklah disyaratkan perjalanan itu untuk  melakukan ibadah sahaja bahkan perjalanan yang bukan bertujuan melakukan ibadah juga diharuskan keduanya seperti berniaga dan melancong dan lainnya asalkan tidak bertujuan melakukan maksiat.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar :


بِأَنَّ التَّنَزُّهَ غَرَضٌ صَحِيحٌ يُقْصَدُ فِي الْعَادَةِ لِلتَّدَاوِي وَنَحْوِهِ كَإِزَالَةِ الْعُفُونَاتِ النَّفْسِيَّةِ وَاعْتِدَالِ الْمِزَاجِ وَغَيْرِ ذَلِكَ.


Artinya : “Bahawasanya melancung atau makan angin itu adalah satu tujuan yang dibenarkan syarak yang bertujuan pada kebiasaannya kerana merawat diri dan seumpamanya seperti menghilangkan kebosanan dalam diri dan menaikkan semangat dan lain dari yang demikian itu.” (Fatawa Fiqhiyah Kubra) 


KESIMPULAN


Melancong dan berjalan-jalan melihat negeri orang bukan perkara yang di larang oleh syarak oleh kerana itu harus orang yang melancung atau makan angin apabila destinasinya sampai dua marhalah atau lebih ia melakukan jamak dan qasar sembahyang.

Wallahua’lam

Kredit : Ustaz Azhar Idrus 

+ Baca respon pembaca adakah umat Islam dibenarkan solat jamak ketika melancong di Facebook Oh! Media

Dikuasakan oleh Blogger.