A.Aida Tidak Simpan Dendam, Harap Mas Khan Bertaubat - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

A.Aida Tidak Simpan Dendam, Harap Mas Khan Bertaubat


Ohmedia masih ingat lagi kes penerbit terkenal, Zaidah Awang atau lebih dikenali sebagai Datuk A.Aida berusia 50 tahun kehilangan mata wang kripto bernilai RM213,805 pada 7 Mac tahun lalu jam 5 pagi di Taman Ukay Perdana, Ampang, Kuala Lumpur.

Suspek yang juga merupakan seorang pelakon bernama Mas Khan atau nama penuhnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan akhirnya mengaku bersalah atas tuduhan mencuri wallet mata wang kripto miliknya.

Datuk A.Aida meluahkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah dan berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menyelesaikan kes tersebut.

Walaubagaimanapun, dia tidak menyimpan rasa dendam terhadap pelakon drama Gerak Khas itu dan berharap agar Mas Khan bertaubat kerana masih mempunyai masa depan yang cerah.

Saya bersyukur dengan keputusan mahkamah dan berterima kasih kepada PDRM kerana berjaya menyelesaikan kes ini. Saya juga berharap ia menjadi pengajaran kepada semua bahawa negara kita mempunyai undang-undang.

Sesiapa sahaja yang berbuat perkara menyalahi undang-undang negara pasti akan menerima hukuman, cepat ataupun lambat. Saya harap juga ia akan menjadi pengajaran kepada Mas Khan yang sebelum ini saya pernah anggap sebagai adik sendiri.

Sebagai orang Islam, saya tidak sesekali berdendam tetapi dalam masa yang sama berharap dia insaf kerana dia masih muda dan punya masa depan yang panjang. -kata A.Aida

Dengar tu gais. Sebelum korang bertindak melakukan perkara yang tidak baik, kena fikir dulu sama ada sudah bersedia ataupun tak untuk menerima hukuman pada masa akan datang.

OHMEDIA: ALHAMDULILLAH, KEPUTUSAN MAHKAMAH BERPIHAK KEPADA DATUK A.AIDA

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.