Werder Bremen Kekal Di Zon Penyingkiran, Ilsanker Menjadi Hero Frankfurt - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Werder Bremen Kekal Di Zon Penyingkiran, Ilsanker Menjadi Hero Frankfurt


Nasib Bekas Finalis UEFA CUP 2009, Werder Bremen kini dirundung malang selepas berada di tangga kedua tercorot Bundesliga dan berkemungkinan besar akan tersingkir jika aksi longlai mereka kekal sehingga liga tamat. Terbaru mereka tewas di tangan Eintracht Frankfurt dalam perlawanan ke-29 Bundesliga awal pagi tadi.


Beraksi di tempat sendiri pastinya memberi kelebihan buat Bremen yang terdesak untuk mendapatkan kemenangan bagi keluar dari zon penyingkiran. Buktinya mereka berjaya melakukan beberapa percubaaan merbahaya untuk menguji penjaga gol Frankfurt, Trapp.


Bersambung babak kedua giliran Frankfurt pula melakukan asakan dan hasilnya mereka berjaya membolosi gawang Breman pada minit ke-61 menerusi tandukan Andre Silva selepas beliau menyempurnakan hantaran dari Kostic. 20 minit kemudian giliran pemain gantian Stefan Ilsanker menggandakan kedudukan selepas meyempurnakan sepakan penjuru dari Kostic.


Ilsanker sekali lagi menjadi duri dalam daging Bremen selepas menyumbat gol kedua hasil tandukan cantik pada minit ke-90. Keputusan 3-0 kekal sehingga wisel penamat menyaksikan Frankfurt kekal berada di kelompok pertengahan Bundesliga.

OHMEDIA: BREMEN PERLU MELAKUKAN SESUATU JIKA INGIN KELUAR DARI ZON PENYINGKIRAN

+ Baca respon pembaca Werder Bremen kekal di zon penyingkiran, Ilsanker menjadi hero Frankfurt di Facebook Oh! Media







Dikuasakan oleh Blogger.