(Video) Bayern Munich Juara Bundesliga Kali Kelapan Berturut-Turut - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Bayern Munich Juara Bundesliga Kali Kelapan Berturut-Turut


Kelab gergasi Jerman, Bayern Munich mengesahkan kejuaraan liga kelapan burturut-turut selepas menewaskan Werder Bremen 1-0 awal pagi tadi. Gol kemenangan yang dijaringkan oleh Robert Lewandowski pada minit ke-43 sudah cukup untuk Bayern mengekalkan takhta dikala pendemik Covid-19 sedang melanda dunia.


Selain itu, penyerang Bayern, Lewandowski mempunyai peluang untuk dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Bundesliga selepas menghasilkan 31 gol setakat ini. Jurulatih Bayern, Hanski Flick pastinya paling gembira dengan keputusan ini kerana ia merupakan gelaran Bundesliga pertama Flick bersama skuad bimbingannya Bayern Munich.


Walapun Bayern telah merangkul kejuaraan Bundesliga musim ini, mereka masih mempunyai 2 lagi kejuaraan untuk dikecapi iaitu Piala Jerman dan Liga Juara-Juara Eropah. Adakah musim ini akan Bayern akan mendominasi eropah? sama-sama kita nantikan.


OHMEDIA: NAMPANYA REPUTASI BAYERN SELAKU JUARA BERTAHAN BUNDESLIGA SUKAR DIGUGAT

Dikuasakan oleh Blogger.