Tomok & Isteri Timang Anak Ketiga - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tomok & Isteri Timang Anak Ketiga


Tahniah Ohmedia ucapkan kepada penyanyi dan pelakon, Tomok dan isterinya kerana mendapat cahaya mata ketiga. Dia berkongsi berita gembira itu melalui Instagramnya, @tomokofficial dengan memuatnaik sekeping gambar wajah anak perempuannya itu.

Assalamualaikum semua..alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni. Alhamdulillah terima kasih ALLAH..terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya. Alhamdulillah. -kata Tomok

Rata-rata warganet dan rakan artis turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran puteri sulung itu. Wah, seronok lah Arrian dan Andra dapat adik perempuan kan!

Untuk pengetahuan korang, Tomok dan isterinya yang bernama Rahayu Abas telah mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata yang comel bernama Arrianshah Akid berusia 8 tahun dan Andrashah Iman berusia 3 tahun.

OHMEDIA: TAHNIAH TOMOK DAN ISTERI!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca ucap tahniah di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.