Tekong Bawa Masuk 250 PATI Setiap Bulan, Terima RM750 Setiap Seorang - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tekong Bawa Masuk 250 PATI Setiap Bulan, Terima RM750 Setiap Seorang


Isu lambakan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menjadi isu hangat pada saat ini selepas kebanyakan kes positif COVID-19 pada waktu ini banyak datang dari bukan warga negara.

Pihak kerajaan juga sudah menjalankan operasi besar-besaran bagi mengesan PATI dan terbaru telah berjaya menahan beberapa orang yang dipercayai bertanggungjawab membawa masuk PATI dari negara jiran atau lebih dikenali sebagai tekong.

Berdasarkan maklumat yang diterima Sinar, sebanyak RM750 akan diberikan untuk setiap seorang PATI yang di bawa masuk ke dalam negara dan seorang tekong mampu menguruskan seramai 250 orang PATI setiap bulan. Cuba korang kira sendiri berapa anggaran pendapatan yang diterima pengkhianat negara ni setiap bulan?

Perkara ini dilaporkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang berjaya menahan seorang tekong yang dipercayai telah berkuasa sejak tahun 2018 lagi. Akhirnya berjaya ditahan dalam satu operasi di Gugusan Felda Adela, Kota Tinggi pada 26 Mei 2020.

Dianggarkan tekong tersebut sudah menyeludup kira-kira 250 migran pada setiap bulan. Ketiga-tiga tekong lelaki berkenaan berusia antara 30 hingga 52 tahun. Turut ditangkap tujuh PATI Indonesia terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 38 tahun. - Katanya.

OHMEDIA: DIHARAPKAN LEBIH BANYAK PENGKHIANAT NEGARA SEPERTI INI DITANGKAP.

+ Baca respon pembaca yang bengang dengan pengkhianat negara di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.