TADIKA & Prasekolah Kembali Dibuka Pada 1 Julai? - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

TADIKA & Prasekolah Kembali Dibuka Pada 1 Julai?


TADIKA dan Prasekolah telah mendapat kebenaran untuk beroperasi bermula 1 Julai 2020. Oleh yang demikian, Sebanyak 6,216  prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan 7,887 milik swasta akan kembali dibuka.

Turut dibenarkan beroperasi semula adalah 1,781 TADIKA di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan 8,530 di bawah Kementerian Luar Bandar.  Walaubagaimanapun, terdapat SOP yang akan di dilaksanakan antaranya waktu pelajar datang dan pulang, waktu makan dan waktu bermain.


Kesemua cadangan ini telah dibentangkan dan mereka perlu menunggu SOP yang akan diumumkan sendiri oleh Kementerian Pendidikan. Justeru itu,  Ohmedia pasti adik-adik yang berumur 4 ke 6 tahun sudah tidak sabar untuk kembali ke TADIKA dan Prasekolah.

OHMEDIA: SATU PERKEMBANGAN POSITIF DARI KERAJAAN UNTUK MEMASTIKAN PELAJAR DAPAT KEMBALI KE SEKOLAH SEMULA

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca TADIKA & Prasekolah kembali dibuka pada 1 Julai di Facebook Oh! Media


Dikuasakan oleh Blogger.