Sultan Johor Berkenan Biayai Kos Baik Pulih HSA - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Sultan Johor Berkenan Biayai Kos Baik Pulih HSA


Semalam kita dikejutkan dengan tragedi kebakaran yang berlaku di Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA) kira-kira jam 3 petang. Namun, tiada sebarang kematian dan kecederaan dalam kejadian tersebut.


Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah membuat satu kenyataan bahawa Baginda berkenan untuk membiayai kos membaikpulih hospital itu dengan melantik kontraktor bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dapat dimulakan segera.

Apa yang lebih menarik, kos pembaikan juga akan ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ). Kalau korang nak tahu, Baginda sentiasa mengutamakan rakyatnya dan peranan YSIJ juga amat besar kerana sentiasa terlibat untuk membantu orang ramai dalam pelbagai perkara.

Saya mahukan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Pengarah Kesihatan Johor serta Pengarah Bomba Johor bersama membincangkan segera pelan pembaikan yang akan dilakukan oleh kontraktor. Selalunya kos pembaikan jika dilakukan kerajaan akan mengambil sedikit masa kerana terdapat sistem yang perlu dilalui dan saya tidak salahkan kerajaan, oleh demikian saya mahukan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera. - titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO)


Alhamdulillah, Ohmedia rasa seronok bila ada sultan yang berjiwa rakyat. Apapun, Ohmedia doakan agar Baginda diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

OHMEDIA: DAULAT TUANKU!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca ucap Alhamdulillah di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.