Sony PlayStation 5 Mungkin Dijual Pada Harga RM3,250 - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Sony PlayStation 5 Mungkin Dijual Pada Harga RM3,250


Tidak lama lagi Sony PlayStation 5 akan diumumkan dan pasti semua tak sabar nak tunggu sebab kalini banyak benda yang Sony tak dedahkan lagi tentang console gaming terbaru mereka tu termasuklah harganya yang menjadi tanda tanya semua peminatnya. Mesti ramai yang tak sabar nak upgrade ke PS5 termasuklah Ohmedia sendiri yang memang kaki game ni.

Sumber gambar dari TechNave

Menerusi TechNave, laman web Amazon dari England telah menyenaraikan harga di laman web mereka dengan tanda harga gais. Screenshot yang mereka dapat ni didapati akan ada dua variasi untuk PS5 kalini iaitu dengan memori 825GB dan 2TB.

Walaupun ia adalah 'dummy' semata, memang terkejutlah bila dapat tahu yang variasi 2TB tu mereka letakkan pada harga 599 pound yang setelah ditukar ke duit Malaysia dalam anggaran sehingga RM3,250 gais. Dahlah yang lagi satu variasi tu bukan 1TB dan hanya 825GB jer.


Walaubagaimanapun, Amazon dikatakan terus memadam dan harga tersebut adalah sebagai rujukan jer. Memang tidak dinafikan PS5 ini akan ada penambahan harga berbanding PS4 sebelum ni tetapi sekiranya harga yang Amazon masukkan tu adalah harga sebenar, ia agak menelan belanja yang sangat tinggi.

BACA : Acara Pengumuman Sony PS5 Dijadualkan Semula Pada 11 Jun Ini


Apapun, kita tunggu sehingga harga sebenar diberitahu dulu. Sesiapa yang penggemar console gaming tu jom kita tengok sama-sama mengumuman rasmi PS5 esok okay gais.

Kredit: TechNave

+ Baca respon pembaca peminat console gaming di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.