Shuk Ketawa Lihat Warganet Samakan Wajah Dengan Seorang Wanita! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Shuk Ketawa Lihat Warganet Samakan Wajah Dengan Seorang Wanita!


Siapa jer tak kenal pelawak dan penyampai radio Hot FM, Mohammad Shukri Mohamed Sahar atau lebih dikenali sebagai Shuk Sahar berusia 34 tahun hanya mampu ketawa apabila mendapati wajah seorang wanita dikenali sebagai Qaseh Eiman seakan-akan mirip dengannya.

Cuba korang tengok gambar perempuan tu dekat bawah ni. Sama tak? Kalau korang nak tahu, Shuk pun tak sangka tau ada perempuan yang muka sama seperti dia. Walaubagaimanapun, dia memberitahu bahawa orang yang memiliki persamaan wajah itu tandanya jodoh amat kuat tetapi Shuk berasa lega apabila dapat tahu yang Qaseh sudah pun berkahwin.

Saya pun tergelak saja apabila mendapat tahu perkara itu. Tak sangka pula ada wanita yang kelihatan hampir mirip dengan wajah saya. Selalunya orang cakap kalau memiliki persamaan wajah itu tandanya ada jodoh kuat. Lega pula saya apabila mendapat tahu wanita itu sudah berkahwin. Apapun, saya tak ambil hati langsung menjadi bahan senda warganet mengenai perkara itu sebab itu bukan saya pun. Lagipun, orang cakap dalam dunia ini ada tujuh orang berwajah sama.



A post shared by Shukri Sahar (@shuk_hotfm) on
Baru-baru ini, Shuk memuatnaik satu posting di Instagramnya, @shuk_hotfm dengan meletakkan gambar wanita tersebut bersebelahan dengan gambarnya. Rata-rata warganet berasa terhibur dan memberi komen lucu di posting itu.

OHMEDIA: UISH! TAK SANGKA SAMA.

Kredit: Harian Metro | Instagram

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.