Risteena Dapat Kereta Mewah Daripada Kekasih Sempena Ulang Tahun Percintaan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Risteena Dapat Kereta Mewah Daripada Kekasih Sempena Ulang Tahun Percintaan


Baru-baru ini, pelakon Risteena Munim memuatnaik satu posting di Instagram yang menyambut sempena ulang tahun bercinta bersama kekasihnya. Apa yang lebih menarik, dia telah menerima hadiah kereta mewah jenis Audi daripada Isa Khan.


Video yang berdurasi lima minit lima saat itu menunjukkan pasangan ini meraikan di sebuah hotel, Four Seasons yang terletak di Kuala Lumpur. Rata-rata warganet mendoakan yang baik-baik untuk mereka.

Happy Anniversary 20.6.20. Pada mula saya mengenali awak, saya tahu awak seseorang yang ISTIMEWA, dan awak dah buktikan pada saya sekarang, hanya dalam masa yang terlalu singkat, but you did it! Ini kejayaan awak sayang. Always proud of you! Perasaan cinta saya pada awak masih sama macam dulu dan masih kekal sehingga sekarang malah semakin bertambah hari demi hari. I swear!

Janji saya pada awak, saya akan sentiasa ada dengan awak tak kira apa keadaan sekalipun. Saya happy bila tengok satu-satu kejayaan yang awak capai sekarang. Saya akan terus ada sehingga awak capai semua impian awak, sayang. I PROMISE. Behind every successful man, there is a woman. I want to be that woman, forever. I love you so much @theisakhan. Thank you for everything. FOR US.

Wah! Untung tuan punya badan. Ohmedia tak sabar nak tengok pasangan ni naik pelamin. Apapun, Ohmedia doakan agar Risteena dan Isa berkekalan hingga ke akhir hayat.



OHMEDIA: BERSEMUT LAH SKRIN TELEFON OHMEDIA!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca doa yang baik-baik di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.