Restoran & Kedai 24 Jam Dibenarkan Beroperasi Sehingga 12 Malam - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Restoran & Kedai 24 Jam Dibenarkan Beroperasi Sehingga 12 Malam


Berita baik buat semua peniaga di mana kerajaan telah menambah waktu operasi sehingga 12 malam bermula esok. Perniagaan ini merangkumi kedai makan, restoran, kedai runcit dan kedai serbaneka 24 jam. Perkara ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada peniaga untuk menambah sumber pendapatan mereka.

Kesemua kedai ini mendapat kebenaran untuk beroperasi sehingga 12 malam setelah rayuan mereka diterima kerajaan. Walaubagaimanapun, mereka perlu melaksanakan Standard Operation Procedure (SOP) dan penjarakan sosial di premis mereka dengan sebaiknya.


Oleh yang demikian, Ohmedia harap peniaga dapat manfaatkan peluang ini untuk memberikan servis yang terbaik pada pelanggan. Jika peniaga gagal untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan, pasti mereka akan dikenakan tindakan tegas. 

OHMEDIA: MULAI ESOK KORANG DAH BOLEH LEPAK DI KEDAI MAMAK SEHINGGA 12 MALAM 

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca restoran & kedai 24 jam dibenarkan beroperasi sehingga 12 malam di Facebook Oh! Media


Dikuasakan oleh Blogger.