RB Leipzig Kembali Mencerahkan Peluang Ke Saingan UEFA Musim Depan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

RB Leipzig Kembali Mencerahkan Peluang Ke Saingan UEFA Musim Depan


Saingan Bundesliga awal pagi tadi menyaksikan RB Leipzig berjaya merampas kedudukan ketiga liga selepas menewaskan FC Koln 4-2. Beraksi di tempat lawan semestinya satu cabaran buat Leipzig yang ingin mencuri 3 mata penuh untuk mencerahkan peluang mereka layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.



Walaubagaimanapun, Leipzig dikejutkan dengan jaringan pertama tuan rumah menerusi Cordoba seawal  minit ke-7. Tersentak dengan jaringan itu, Leipzig kembali memperkemaskan permainan dan hasilnya Patrik Schick berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi tandukan cantik selepas menerima hantaran dari Angelino.


7 minit sebelum tamat separuh masa pertama giliran pemain muda, Christo Nkunku menjaringkan gol menerusi satu cip rendah untuk menewaskan penjaga gol FC Koln, Horn. Bersambung separuh masa kedua menyaksikan ayam tambatan Leipzig, Timo Werner manambah luka tuan rumah selepas menjaringkan gol ketiga hasil serangan balas yang pantas.


Pujian harus diberikan kepada pemain FC Koln kerana tidak mudah berputus asa dan berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-55 hasil rembatan Modeste dari luar kotak penalti. 2 minit kemudian Leipzig kembali menjarakkan kedudukan melalui Dani Olmo dan gol itu juga terhasil dari rembatan luar kotak penalti.


Keputusan 4-2 kekal sehingga wisel penamat. RB Leipzig kini berada di tangga ketiga selepas memintas Borussia Monchengladbach dan Bayern Leverkusen yang sedang berkongsi 56 mata di tangga keelmpat dan kelima Bundesliga.


OHMEDIA: NAMPAKNYA KITA BAKAL MENYAKSIKAN PERSAINGAN SENGIT DARI 5 PASUKAN TANGGA TERATAS BUNDESLIGA UNTUK LAYAK KE SAINGAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH MUSIM DEPAN

+Baca respon pembaca RB Leipzig kembali mencerahkan peluang ke saingan UEFA musim depan di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.