Pokok Lidah Jin, Ahli Kimia Bimbang Jika Ia Ditanam Dalam Rumah! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pokok Lidah Jin, Ahli Kimia Bimbang Jika Ia Ditanam Dalam Rumah!


Baru-baru ini telah viral sebuah pokok yang dikatakan mampu membersihkan udara dala rumah, iaitu pokok Lidah Jin atau juga disebut sebagai Lidah Mentua. Sehinggakan permintaan pokok berkenaan untuk dijadikan dekorasi di dalam rumah meningkat, menyebabkan beberapa peniaga terpaksa menambah bekalan pokok berkenaan.

Trend untuk meletakkan pokok berkenaan didalam rumah telah melahirkan kebimbangan seorang ahli kimia, Dr Fatimah Salim yang merupakan Fello Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam.

Sumber gambar dari Harian Metro
Ini kerana ia akan membiakkan mikroorganisma yang seterusnya jejaskan kesihatan golongan tertentu jika ditanam menggunakan tanah menggunakan bekas. Jelasnya lagi, tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma hidup kerana kandungan bahan organik inorganik dan mineral yang tinggi.

Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata. Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).

Beliau mengesyorkan agar menggunakan tanah liat yang dikembangkan (Leca), sabut kelapa, sekam padi, 'perlite' iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung berapi atau menggunakan kaedah hidroponik jika masih mahu menanam pokok berkenaan didalam rumah. Tambah Dr Fatimah, aktiviti mikroorganisma boleh dikesan jika terdapat bau yang kurang menyenangkan pada bekas.

Sebelum ini, Pusat Racun Negara telah memuat naik status di lama Facebook rasmi yang menasihatkan orang ramai, khususnya yang mempunyai anak kecil agar berjaga-jaga kerana pokok denga nama saintifik Sansevieria Trifasciata mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai Saponin, di mana ia boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit-birit dan ruam jika termakan.



OHMEDIA: PENTINGNYA UNTUK KITA KAJI TERLEBIH DAHULU SEBELUM KITA IKUT SESUATU PERKARA. ZAMAN SEKARANG SEGALANYA DIHUJUNG JARI SAHAJA.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca ahli kimia bimbang jika pokok Lidah Jin ditanam dalam rumah di Facebook Oh! Media






Dikuasakan oleh Blogger.