Peniaga "Kantoi" Dengan Pegawai KPDNHEP, Jual Penutup Hidung Dan Mulut Melebihi Harga Maksimum - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Peniaga "Kantoi" Dengan Pegawai KPDNHEP, Jual Penutup Hidung Dan Mulut Melebihi Harga Maksimum


Bertindak dari maklumat orang ramai serta laporan aduan yang diterima bahawa terdapat peniaga yang telah menyalahi undang-undang dengan menjual penutup hidung dan mulut melebihi harga maksimum yang dibenarkan, pihak KPDNHEP telah melakukan proses "uji beli" pada peniaga berkenaan.

Hasil dari proses berkenaan, peniaga berkenaan didapati menjual penutup hidung dan mulut pada harga RM2.00 seunit berbanding dengan harga maksimum yang telah ditetapkan oleh kementerian, RM1.50 seunit bagi penutup hidung dan mulut tiga lapisan. Ini menyebabkan peniaga berkenaan dikenakan tindakan oleh pihak KPDNHEP Perlis.

Sumber gambar dari Berita Harian
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Perlis Mohamad Amir Abdullah berkata, kes ini akan dibawa ke mahkamah dan peniaga berkenaan akan dituduh mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011, dimana jika disabitkan kesalahan, peniaga berkenaan akan didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

OHMEDIA: NAK KAYA CEPAT PUNYA PASAL LAH TU, MARK UP SAMPAI HARGA RM2.00 SEUNIT. TAK PASAL-PASAL DAH KANTOI DENGAN KPDNHEP. SILAP HARI BULAN, LESEN BERNIAGA PUN KENA TARIK, BARU PADAN DENGAN MUKA.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca peniaga kantoi jual penutup hidung dan mulut melebih harga maksimum di Facebook Oh! Media





Dikuasakan oleh Blogger.