Benarkah GrabFood Tidak Pamerkan Restoran Yang Beri Komisen Rendah Kepada Mereka Di Dalam Aplikasi? - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Benarkah GrabFood Tidak Pamerkan Restoran Yang Beri Komisen Rendah Kepada Mereka Di Dalam Aplikasi?

Sumber
Burgertory, sebuah restoran jualan burger di SS15 Subang Jaya melalui sebuah postingan di Facebook milik mereka mendakwa GrabFood telah mendiskriminasi perniagaan mereka walaupun telah lebih setahun bersama GrabFood. Ini kerana mereka mendapat banyak maklumbalas dari pelanggan kononnya premis mereka tidak tersenarai di dalam aplikasi GrabFood.

Pada awalnya mereka ingatkan GrabFood membuat penetapan lokasi pada radius tertentu dalam mengambil tempahan pelanggan tetapi hasil semakan, rata-rata premis lain disekitar premis mereka ada di dalam aplikasi GrabFood tanpa ada sebarang masalah.

Gusar dengan masalah yang melanda, Burgertory menghubungi pihak GrabFood untuk mendapatkan penjelasan. Persoalan terjawab apabila mereka diberitahu sebab mengapa restoran mereka tidak tersenarai di dalam aplikasi GrabFood berbanding yang lain adalah kerana mereka menawarkan komisen yang lebih rendah kepada GrabFood berbanding restoran lain disekitarnya. Ini sekaligus memberi makna bahawa GrabFood memberi keutamaan dan publisiti yang lebih meluas kepada restoran yang memberikan komisen lebih tinggi kepada mereka.

Selepas membuat aduan tersebut, akhirnya Burgertory kembali berada di dalam aplikasi GrabFood namun perkara itu tidak kekal lama sebelum restoran mereka hilang semula. Ini membuatkan peniaga kecil seperti mereka terasa di'diskriminasi.

Luahan rasa kecewa Burgertory di Facebook Pages mereka.
Kejadian ini mungkin menjawab persoalan mengapa kadangkala ada restoran yang berhampiran dengan kita kadangkala dipaparkan di dalam aplikasi GrabFood dan kadangkala tidak kelihatan. Mungkin korang pernah alami perkara yang sama kan?

Walaubagaimanapun sebelum kita membuat apa-apa tuduhan kepada GrabFood, Ohmedia rasa sebaiknya kita tunggulah dahulu ya apa penjelasan dari GrabFood pula tentang tuduhan ini. Ohmedia akan kemaskini lepas dapat maklumbalas dari GrabFood nanti.

Kredit: Burgertory

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.