Pemandu Mabuk Langgar Pekerja Alam Flora Dituduh Membunuh & Tak Diberi Ikat Jamin - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pemandu Mabuk Langgar Pekerja Alam Flora Dituduh Membunuh & Tak Diberi Ikat Jamin


Perkembangan terkini kes pemandu mabuk yang menyebabkan kematian Irwan Herman penyelia di Alam Flora iaitu Teoh Kian Peng hari ini telah ke Mahkamah Majistret bagi bacaan pertuduhan membunuh.

Pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan ia didakwa malakukan kesalahan itu di kawasan sekitar stesen minyak Petronas di Jalan Pintasan Kuantan pada jam 9:20 malam pada 25 Mei 2020.


Timbalan Pendakwa Raya juga tidak menawarkan sebarang ikan jamin kepada tertuduh berikukan kesalahan yang dilakukan tidak boleh dijamin dan memohon supaya tertuduh direman di Penjara Penor sementara menunggu perbicaraan.

Kami juga mohon diberikan tarikh sebutan bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan empat laporan iaitu bedah siasat, kimia, forensik dan laporan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom). - Kata Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abd Ghani.

Satu hukuman yang berat harus diberikan kepada mereka bagi memberi pengajaran kepada individu yang mungkin akan melakukan perkara yang sama. Tolonglah beringat dan jangan pentingkan diri anda.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan pemabuk di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.