PATI Jadi Bos Di Ibu Kota Malaysia Sudah Licin! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

PATI Jadi Bos Di Ibu Kota Malaysia Sudah Licin!


Bulan ini sahaja, sudah banyak operasi dan serbuan dilakukan pihak berkuasa dalam menangani kepadatan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang semakan berkuasa di bandar-bandar besar terutamanya Kuala Lumpur.

Boleh dikatakan hampir semua pusat tumpuan dikuasai mereka dengan perniagaan haram seperti Jalan Silang, Chow Kit, Jalan Raja Laut, dan yang paling panas adalah di Pasar Borong Kuala Lumpur.


Tapi Ohmedia tertarik dengan hasil yang dapat dilihat pada ketika ini, di mana PATI dari Bangladesh, Myanmar dan Indonesia semakin berkurang. Jika sebelum ini meraka menguasai tapak perniagaan secara haram, kini pihak DBKL dan Jabatan Imigresen Malaysia yang dibantu oleh PDRM telah melakukan operasi besar-besaran.

Ibu negara juga kini dikatakan bebas PATI dan diharapkan agar situasi ini terus dipantau.

Selain itu, usaha menangkap dalang dalam kemasukan PATI ini juga nampaknya telah bocor selepas sorang demi seorang penguatkuasa telah ditangkap.

OHMEDIA: SEMOGA NEGARA KITA BEBAS DARI PATI YANG MASUK KE DALAM NEGARA SECARA HARAM AGAR RAKYAT MALAYSIA DAPAT HIDUP AMAN DAN TENTERAM.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang suka dengan usaha pihak berkuasa di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.