'Panglima Perang' Khas Dr Noor Hisham Ucap Selamat Tinggal - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

'Panglima Perang' Khas Dr Noor Hisham Ucap Selamat Tinggal


Kita selalu nampak 'Panglima Perang' pasti akan sentiasa berdiri di sebelah Dr Noor Hisham setiap kali beliau melakukan sidang media mengenai laporan Covid-19 di Malaysia setiap hari.

'Panglima Perang' yang dimaksudkan adalah Timbalan Ketuan Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon dan beliau telah diumumkan persaraannya selepas 35 tahun berkhidmat.

Perkara ini diumumkan sendiri Dr Noor Hisham dalam satu sidang media dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Facebook rasmi turut mengucapkan terima kasih kepada Dr Rohaizat.

Sedikit perjalanan mengenai Datuk Dr Rohaizat Yon yang memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan pada 1985 dan pada tahun 1988 pula dilantik sebagai ketua Pengarah Hospital Kluang 1988 selama 2 tahun.

Beliau kemudian berpindah ke ibu pejabat KKM dan memegang beberapa jawatan sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) pada 25 Mac 2019.


Terima kasih kerana menjadi orang kuat dalam memerangi pandemik Covid-19.

Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang hargai pengorbanan barisan hadapan di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.