Najis Tikus Bersepah & Tempat Penyediaan Makanan Kotor, Premis Hasilkan Mi Sangat Menjijikkan! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Najis Tikus Bersepah & Tempat Penyediaan Makanan Kotor, Premis Hasilkan Mi Sangat Menjijikkan!


Sebelum ni Ohmedia pernah cerita mengenai kilang tauhu yang dikenali sebagai Choong Brother Bean didapati kotor dan berbau busuk. Kali ini giliran salah sebuah kilang memproses mi pula di Jalan Segambut Selatan, Segambut yang terletak di Kuala Lumpur.


Premis tersebut telah diserbu oleh anggota Unit Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana terdapat tikus berkeliaran di sekitar tempat pemprosesan makanan dan najis haiwan bersepah merata-rata.

Kalau korang nak tahu keadaan premis tu macam mana, boleh lah tengok gambar dekat bawah ni. Memang sangat menjijikkan gais! Walaubagaimanapun, premis itu telah diarahkan tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Kilang mi kotor, berdaki, najis tikus bersepah. Tikus berkeliaran di sekitar tempat pemprosesan makanan serta terdapat najis haiwan di merata premis terbabit. Itu keadaan jijik sebuah kilang memproses mi di Jalan Segambut Selatan, Segambut di Kuala Lumpur yang diserbu anggota Unit Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Jurucakap DBKL berkata, pemilik kilang terbabit didapati tidak melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual menyebabkan kehadiran haiwan berkenaan. "Pemeriksaan mendapati lantai dan dinding tempat penyediaan makanan juga kotor dan berdaki selain tandas di dalam premis berkenaan kotor serta berbau," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, semakan mendapati tiga pengendali makanan di kilang terbabit adalah bukan warga tempatan. "Mereka (pekerja warga asing) didapati tidak mempunyai suntikan tifoid, tidak memakai penutup kepala dan apron semasa mengendalikan makanan. Peralatan, kelengkapan serta mesin pemprosesan makanan juga dalam keadaan kotor dan usang selain lokasi serta keadaan struktur premis tidak sesuai dijadikan kilang pemprosesan makanan," katanya.

Menurutnya, tindakan penutupan premis mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 diambil terhadap kilang berkenaan berkuatkuasa hari ini. "Orang ramai yang mempunyai aduan berkaitan kebersihan premis boleh menghubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1800883255 atau terus berhubung dengan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL untuk tindakan lanjut," katanya.


Terbaiklah gais! Semoga pihak berkuasa dapat menyemak kilang memproses makanan yang lain di seluruh Malaysia. Bukan apa, kita sendiri yang beli dan makan tetapi cara memprosesnya amat menjijikkan. Fuh! Ohmedia tak boleh bayangkan betapa kotornya tempat diorang ni.

OHMEDIA: AGAK-AGAK MI JENAMA APA YA GAIS?

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.





Dikuasakan oleh Blogger.