Nabila Razali 'Unfollow' Semua Kenalan Di Instagram? Ini Penjelasannya! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Nabila Razali 'Unfollow' Semua Kenalan Di Instagram? Ini Penjelasannya!


Penyanyi Nur Nabila Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai Nabila Razali berusia 28 tahun tampil memberi penjelasan apabila dia telah mencuri perhatian orang ramai kerana berhenti mengikuti semua kenalannya di Instagram.

Menurut Nabila, perkara itu tidak perlu dibesarkan kerana ini seperti fasa permulaan kepada Nabila Razali yang baru. Jadi, dia pasti akan mengikuti mereka semula apabila tiba masanya nanti.

Bila insiden hari itu berlaku, ia banyak beri pengajaran pada saya tentang erti persabahatan. Bila saya unfollow, itu tak bermakna saya tidak mengambil tahu tentang rakan-rakan baik. Kita masih ada medium lain seperti penggilan telefon serta mesej. Ini seperti fasa permulaan kepada Nabila Razali yang baru. Tidak perlukah diperbesarkan cuma cukuplah sekadar teman-teman baik tahu saya sentiasa ada bersama mereka, itu lebih penting. Ada juga yang perasan dan bertanya pada saya kenapa saya ‘unfollow’ mereka sejak seminggu yang lalu tapi apa yang saya mahukan sekarang, saya nak kosongkan minda dan hanya fikirkan benda-benda positif sahaja.Pastinya saya akan follow mereka balik nanti bila tiba masanya cuma sekarang janganlah diperbesarkan.

Nabila dah bagi penjelasan tu gais. Wah! Macam ada something jer bila Nabila cakap ada fasa permulaan kepada Nabila Razali yang baru. Ada single terbaru ke tu? Hehe.

OHMEDIA: KITA TUNGGU JELAH.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca minat Nabila Razali di Facebook Oh! Media.




Dikuasakan oleh Blogger.