(Video) Nabila Razali Dihentam Netizen Selepas Terkucil Ketika Menyanyi - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Nabila Razali Dihentam Netizen Selepas Terkucil Ketika Menyanyi


Baru-Baru ini telah tersebar di sosial media video Nabila Razali yang sedang menyanyi secara langsung dalam program Mega Raya Ria. Nabila yang sebelum ini popular denga lagu "Permata Hati" dikatakan terkucil ketika menyampaikan lagu baru beliau "Peluang Kedua".


Hal ini menyebabkan Nabila dihentam oleh netizen sehingga ada yang menyuruh beliau mengambil kelas vokal. Walaubagaimanapun, terdapat juga peminat yang memberi kata-kata semangat kepada Nabila supaya beliau tidak berputus asa dan terus menjadi seorang penyanyi.


Oleh yang demikian. Nabila telah memuat naik satu posting di Instagram dan melakukan permohonan maaf kerana telah mengecewakan semua orang terutama sekali peminatnya. Nabila juga telah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada drinya.


OHMEDIA: SEMOGA NABILA TABAH UNTUK MENHGHADAPI PERKARA INI DAN MEMPERBAKI NYANYIAN BELIAU SELEPAS INI

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Nabila Razali dihentam netizen selepas terkucil ketika menyanyi di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.