Mayweather Beri Sumbangan Untuk Majlis Pengebumian George Floyd - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Mayweather Beri Sumbangan Untuk Majlis Pengebumian George Floyd



Amerika kini sedang bertarung dengan rusuhan yang membabitkan rakyat mereka dan pihak polis. Rusuhan ini terjadi selepas kematian George Floyd yang dinggap kejam kerana lehernya ditekan menggunakan lutut sehingga beliau sukar untuk bernafas.

Tindakan polis tersebut telah menyebabkan Floyd mati walaupun pasukan perubatan cuba untuk menyelamatkannya. Oleh yang demikin, Floyd Mayweather yang merupakan seorang jaguh petinju dunia telah tampil menghulurkan sumbangan sebanyak RM375,275 untuk kos dan majlis pengebumian mendiang George Floyd


Untuk pengetahuan korang, rusuhan di Amerika Syarikat kini telah memasuki bandar ke-30 dan perkara ini telah menyebabkan mereka terpaksa melaksanakan perintah berkurung. Semoga kematian George Floyd mendapat pembelaan sewajarnya.

OHMEDIA: HARAP KEJADIAN SEPERTI INI TIDAK TERJADI DI MALAYSIA

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Mayweather beri sumbangan untuk majlis pengebumian George Floyd di Facebook Oh! Media




Dikuasakan oleh Blogger.