Man Raja Lawak Derma Duit Teater, Bantu Rakan Ringankan Beban - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Man Raja Lawak Derma Duit Teater, Bantu Rakan Ringankan Beban



Siapa je tak kenal dengan sosok Man Raja Lawak yang sebelum ini menarik perhatian netizen kerana menyumbang duit kemenangan Maharaja Lawak Mega sebanyak RM50k kepada mereka yang memerlukan. Hari ni pun Ohmedia dapat info dari Harian Metro yang Man Raja Lawak telah dermakan duit teater Korupsi Dewan Semandung sebanyak RM3k kepada rakannya yang sedang dalam kesusahan akibat terkesan dengan pandemik.

Namun begitu, Man Raja Lawak belum menerima lagi baki bayaran yang sepatutnya diterima dari penerbit teater berkenaan, Fauziah Haji Ahmad Daud, atau kak Ogy. Saat ini, melalui info yang Ohmedia dapat bahawa kak Ogy sedang berusaha untuk melunaskan baki bayaran teater kepada barisan pelakon dan belakang tabir teater berkenaan. Jelas Man, dia tidak tidak terlalu memikirkan hal berkenaan sekarang tetapi tetap menghargai usaha kak Ogy berkenaan.

Sumber gambar dari Youtube
Bagi Man sekarang ini adalah penting baginya untuk membina semula kerjaya seninya yang terkesan akibat pandemik yang berlaku. Tambah Man lagi, memandangkan kerajaan sudah memberi lampu hijau untuk akltivti pengambaraan dilakukan, beliau sudahpun menerima beberapa tawaran untuk berlakon semula.

OHMEDIA: SEMOGA MAN DIMURAHKAN REZEKI DAN DAPAT MEMBANTU ORANG LAIN YANG SEDANG DALAM KESUSAHAN AKIBAT TERKESAN DENGAN PANDEMIK DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Man Raja Lawak derma duit teater untuk bantu ringankan beban rakan di Facebook Oh! Media





Dikuasakan oleh Blogger.