"Malaysia Boleh Bebas Jangkitan Tanpa Vaksin" - Dr Noor Hisham - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

"Malaysia Boleh Bebas Jangkitan Tanpa Vaksin" - Dr Noor Hisham


Melalui sidang media semalam Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa Malaysia mampu memutuskan kadar jangkitan COVID-19 tanpa vaksin sekalipun jika rakyat Malaysia mematuhi standard operasi pengoperasian (SOP) pencegahan yang telah digariskan oleh KKM. Ini kerana untuk menghasilkan sesuatu vaksin, ia memakan waktu yang lama.

Beliau berkata sedemikian berdasarkan pengalaman beberapa negara yang berdepan dengan pandemik sebelum ini tanpa menggunakan vaksin, misalnya Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-Cov) dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Sumber gambar dari ILoveBorneo
Tambah Dr Noor Hisham, ianya bergantung kepada kepatuhan rakyat Malaysia kepada SOP yang telah ditetapkan dalam memastikan jangkitan kekal antara satu atau dua angka. Tambah beliau, sekiranya ini berterusan, kerajaan sudah boleh merancang utnuk melakukan strategi keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang tamat pada Ogos ini.


OHMEDIA: SEGALANYA TERPULANG KEPADA KITA UNTUK MENJAYAKAN MISI STRATEGI KELUAR DARI PKPP INI. OLEH YANG DEMIKIAN, PATUHILAH SOP YANG TELAH DITETAPKAN, JANGAN AMBIL MUDAH!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Malaysia boleh bebas jangkitan tanpa virus di Facebook Oh! Media





Dikuasakan oleh Blogger.