Luqman Mengikat Kontrak Bersama Syarikat Ejen EL-EF Sport - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Luqman Mengikat Kontrak Bersama Syarikat Ejen EL-EF Sport


Pemain muda bawah 18 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin yang akan berangkat ke Belgium untuk beraksi bersama kelab KV Kortrijk telah mengikat kontrak dengan salah satu syarikat ejen dari England iaitu EL-EF Sport.



Selain itu, terdapat spekulasi mengatakan Luqman kini diintai oleh beberapa kelab eropah terutamanya di Liga Perdana Inggeris. Menurut sumber yang Ohmedia dapat, kelab yang tidak diberitahu namanya itu ingin menandatangani Luqman  dan pinjamkan beliau kepada KV Kortrijk selama beberapa musim bagi mendapat minit perlawanan.

Untuk pengetahuan korang, Luqman perlu mendapat Visa untuk membolehkan beliau beraksi di saingan Liga Perdana Inggeris. Oleh yang demikian, Ohmedia harap EL-EF Sport dapat memberikan ruang dan pengalaman untuk Luqman memulakan karier professional beliau di eropah. 

OHMEDIA: SAMA-SAMA KITA DOAKAN AGAR LUQMAN DAPAT BERAKSI CEMERLANG DI PENTAS EROPAH

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Luqman mengikat kontrak bersama syarikat ejen EL-EF Sport di Facebook Oh! Media

Dikuasakan oleh Blogger.