Lebih 40 Ribu Kes Covid-19 Dicatatkan Di Brazil Dalam Masa Sehari - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Lebih 40 Ribu Kes Covid-19 Dicatatkan Di Brazil Dalam Masa Sehari


Dikala negara kita sudah mengalami penurunan kes Covid-19 sebanyak 2 angka sehari, lain pula yang berlaku di Brazil apabila negara mereka telah mencatatkan lebih 40 ribu kes dalam masa sehari. Selain itu, jumlah kematian di sana juga telah mencecah 54,771 kes.


Oleh yang demikian, Brazil kini menjadi negara kedua mempunyai kes Covid-19 tertinggi di dunia iaitu sebanyak 1.1 juta kes. Walaubagaimanapun, pakar di sana berpendapat bahawa jumlah pesakit yang dijangkiti virus itu mungkin lebih tinggi daripada yang dinyatakan ekoran kekurangan jumlah ujian dilakukan terhadap rakyat mereka.



Pakar juga ada memberi peringatan kepada Brazil bahawa terlalu awal jika mereka ingin kembali membuka sektor ekonomi. Jadi, Brazil perlu melakukan sesuatu bagi membendung Covid-19 dari terus menjangkiti rakyat mereka.

OHMEDIA: SEMOGA KES COVID DI BRAZIL MENEMUI JALAN PENYELESAIAN

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Lebih 40 ribu kes covid-19 dicatatkan di Brazil dalam masa sehari di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.