Kursus Kahwin Di Selangor Akan Dibuat Secara Online Bermula Minggu Depan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kursus Kahwin Di Selangor Akan Dibuat Secara Online Bermula Minggu Depan


Sebelum ni, akad nikah telah dilakukan secara online jer untuk menyatukan pasangan yang memang dah tetapkan tarikh untuk menikah secara tidak langsung berada didalam tempoh PKP. Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor telah mengesahkan yang pasangan yang sudah merancang untuk menikah dan masih belum pergi kursus nikah juga boleh dibuat secara online gais bermula 13 Jun nanti.


Kursus perkahwinan ni akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad yang dibahagikan kepada dua sesi iaitu 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 hingga 6 petang. Setiap sesi akan dihadkan pada 150 orang jer. Bagi warga Selangor yang ingin mendaftar kursus secara online ini boleh daftar bermula 9 Jun ini.

Peserta akan terima email atas jemputan menyertai KPPI Online nanti. Walaubagaimanapun, kursus kahwin online ni akan mengutamakan individu yang sebelum ini telah mendaftar dan ditangguhkan akibat PKP. Sijil kursus kahwin akan diberi selepas peserta selesaikan tugasan yang diberi.

Kredit: Facebook JAIS

+ Baca respon pembaca kursus kahwin di Selangor boleh dibuat secara online di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.