Kerana Kepercayaan Agama, Segelintir Individu Bertindak Melarikan Mayat Mangsa COVID-19! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kerana Kepercayaan Agama, Segelintir Individu Bertindak Melarikan Mayat Mangsa COVID-19!


Lebih kurang 33 individu ditahan dan berdepan dengan tujuh tahun penjara melanggar peraturan kuarantin kesihatan. Ini kerana mereka antara ahli keluarga yang merampas mayat secara paksa di mana sudah sedia dikebumikan mengikut protokol virus kerana mahu mengadakan upacara pengebumian mengikut tuntutan agama masing-masing.

Pihak hospital juga terpaksa meningkatkan kawalan keselamatan rumah mayat kerana ramai sanak saudara bertindak melarikan magsa COVID-19. Jurucakap polis Jakarta berkata, keadaan lebih memburuk apabila tersebar khabar angin yang mendakwa beberapa mayat akan dikebumikan segera meskipun tidak mempunyai COVID-19.

Sumber gambar dari Liputan6
Khabar angin ini membuatkan ahli keluarga dan penduduk tempatan marah dan bertindak untuk merampas mayat berkenaan secara paksa untuk dibawa kerumah dan dikebumikan mengikut kepercayaan mereka. Disamping itu, protokol yang menetapkan mayat mangsa COVID-19 perlu dibalut dengan plastik dan dan dikebumikan segera kurang disenangi terutamanya yang beragama Islam.

Ini kerana protokol berkenaan menyukarkan mereka untuk memandi dan mengkafankan jenazah dan menguburkannya mengikut tuntutan agama.

OHMEDIA: MUNGKIN KESEDARAN SIVIK MENGENAI BAHAYANYA COVID-19 KURANG ATAUPUN MEREKA MEMANG JENIS TAK FAHAM BAHASA.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca segelintir individu sanggup larikan mayat mangsa COVID-19 di Facebook Oh! Media






Dikuasakan oleh Blogger.