Jam Tangan Ekslusif Butterfingers Khas Buat Peminat Sempena 20 Tahun - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Jam Tangan Ekslusif Butterfingers Khas Buat Peminat Sempena 20 Tahun


'Minat", setiap orang pasti akan ada minat mereka tersendiri. Tapi Ohmedia nak kongsikan kepada mereka yang meminati muzik "rock dan grunge" pada lewat 90-an dan awal 2000 dahulu, pasti masih ingat dengan kumpulan Butterfingers yang bukan asing lagi bagi rata-rata peminat music grunge di kala Nirvana waktu itu popular dengan album ‘Nevermind’.

Lagu-lagu hit mereka seperti The Chemistry (Between Us), Faculties of The Mind, Epitome, Meltdown dan pelbagai lagi dari album padu yang terhasil, Transcendence merupakan antara album yang berjaya meletakkan Butterfingers di tempat ketiga dalam carta RIM International dengan penjualan melebihi 60,000 unit.


Pada 2 November 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam Butterfingers sekali lagi mengegarkan industri musik tanah air yang ketika itu menantikan persembahan secara langsung mereka setelah kali terakhir di Rockaway 2016.


Butterfingers telah membuktikan bahawa rata peminat yang telah berumur seiringan dengan perkembangan band mereka di antara hujung 30an dan pertengahan 40an dan ada juga peminat peminat baru yang mula mengenali mereka.


Dikhabarkan tiket hamper sold out dan video rakaman di dalam youtube mendapat review dari seluruh dunia. Secara ringkas Butterfingers telah mengeluarkan 6 album dalam tempoh lebih kurang 10 tahun.

Bersempena dengan sambutan 20 tahun satu ‘merchandise’ telah dikeluarkan oleh Artwist.co berkolaborasi bersama Butterfingers sebuah jam eksklusif ‘Black Edition’. Jam yang telah dijual pada harga RM578 (mengikut laman web Artwist.Co) yang sebelum ini pernah berkolaborasi dengan Dato’ M Nasir untuk dua buah jam eksklusif.


Kolaborasi ini menghasilkan jam ‘limited edition’ kepada 100 buah sahaja yang pada waktu artikel ini ditulis jam tersebut telah ‘sold out’ sepanjang tempoh pra tempahan yang bermula awal bulan April. Walaupun harganya agak keras bagi rata-rata peminat Butterfingers namun kualiti dan penghasilannya standing dengan jam eksklusif lain yang ada di luar sana apatah lagi ini adalah sebahagian ‘Official Merchandise’ dari Butterfingers sendiri.

Bukan hanya jam yang dikeluarkan, tapi para pembeli diberikan Pen Drive khas yang mana didalamnya tersimpan waranti selama satu tahun secara digital dan rekod pembeli semua disimpan rapi oleh pihak Artwist.Co. Artwist.co sebelum ini telah berkolaborasi dengan beberapa artis (art artist) luar negara dan dalam negara bagi mengabadikan kenangan lukisan mereka di dalam jam tangan.


Kredit: Ery Rosli

+ Baca respon pembaca yang meminat Butterfingers di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.