Impian Ustaz Ebit Lew Tercapai, Bakal Buka 10 Cawangan Pasar Raya - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Impian Ustaz Ebit Lew Tercapai, Bakal Buka 10 Cawangan Pasar Raya


Ohmedia rasa seronok bila tengok impian pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk membuka pasar raya yang dikenali sebagai ElewsMart semakin tercapai. Perkongsian itu telah dibuat menerusi akaun Instagramnya dengan memuatnaik satu posting sedang berdiri di hadapan ElewsMart.

Apa yang lebih menarik, dia bakal membuka 10 cawangan dan diantaranya adalah Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shsh Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Bukan tu jer, tujuan dia membuka pasar raya tersebut ingin membantu orang yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama dengan menjual harga paling murah. Syukur Alhamdulillah, masih ada lagi orang yang baik seperti Ustaz Ebit Lew.

Pohon doakan ya sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 ElewsMart dan DC kami sedang renovate. Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan ElewsMart? Hari-hari saya kerja buat training. 3 Restoran ParamountCoffeeHouse. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba Mart? Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank di setiap ElewsMart Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan.

Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3 hari je dah habis. Disitu saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tanggungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini. Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak redha Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang. Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan ya semua. Pohon doakan ya ada 10 cawangan. Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana. Terima kasih semua. ElewsMart. Saudaraku, Murah.



Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 elewsMart dan DC kami sedang renovate . Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan ElewsMart? Hari-hari saya kerja buat Training. 3 Restoren ParamountCoffeeHouse. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba Mart . Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank di setiap elewsMart Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan. Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3hari jer dah habis. Disitu saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini. Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak Redha Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang. Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan yer semua. Pohon doakan yer ada 10 cawangan. Bandar Baru Bangi, Kajang,Cyberjaya, Sg Buloh,Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak,Gombak Traders dan Subang Perdana. Terima kaseh semua. ElewsMart Saudaraku,Murah😍
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Jangan lupa support bisnes Ustaz gais! Jika sesiapa kehilangan pekerjaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tu, bolehlah apply kerja dekat ElewsMart. Apapun, Ohmedia doakan agar bisnes Ustaz Ebit Lew terus maju jaya dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.


OHMEDIA: SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN DIMURAHKAN REZEKI, USTAZ EBIT LEW!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca sayang Ustaz Ebit Lew di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.