Hukum Wanita Solat Dengan Berpakaian Ketat - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Hukum Wanita Solat Dengan Berpakaian Ketat

SOALAN 

Ohmedia dapat rasakan kaum wanita di luar sana pasti pernah mengalami situasi melihat jemaah perempuan yang sedang solat memakai pakaian ketat. Jadi, adakah sah solat mereka?

JAWAPAN 

Di antara syarat sah solat bagi kaum wanita ialah memakai pakaian yang menutup sekelian badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan.

Jika seorang perempuan solat dalam keadaan menutup semua badannya kecuali muka dan dua pergelangan tangannya walaupun seluar atau bajunya ketat maka solatnya adalah sah.

Hanya perbuatan memakai pakaian ketat dalam solat itu makruh bagi perempuan jika tidak dilihat oleh lelaki ajnabi.

Jika dilihat oleh lelaki ajnabi maka perbuatannya itu adalah haram dan solatnya tetap sah.

Berkata Syeikh Abu Bakar Ad-Dimyati :

( قوله ويكفي ما يحكي لحجم الأعضاء ) أي ويكفي جرم يدرك الناس منه قدر الأعضاء كسراويل ضيقة وقوله لكنه خلاف الأولى أي للرجل وأما المرأة والخنثى فيكره لهما


Artinya : “Memadai yakni sah solat berpakaian yang menampakkan bentuk badan seperti seluar yang ketat akan tetapi hukumnya khilaful aula bagi lelaki.
Dan ada pun perempuan dan khunsa wanita maka dimakruhkan akan berpakaian ketat itu bagi keduanya.” (Kitab I’anah At-Talibin)


Kesimpulan

Sunat solat dengan memakai pakaian yang longgar bagi lelaki dan perempuan.

Perempuan dimakruhkan solat dengan memakai pakaian yang ketat yang menampakkan bentuk badan jika dia solat ditempat yang tidak ada lelaki ajnabi melihat dan solatnya itu sah.

Ada pun jika perempuan solat dengan memakai pakaian yang ketat di tempat yang boleh dilihat oleh lelaki yang ajnabi maka hukumnya haram.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca hukum wanita solat dengan berpakaian ketat di Facebook Oh! Media 
Dikuasakan oleh Blogger.