Hukum Wanita Islam Bernikah Dengan Lelaki Kafir - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Hukum Wanita Islam Bernikah Dengan Lelaki Kafir


SOALAN 

Ohmedia dapat rasakan dalam dunia ini pasti terdapat wanita yang telah merancang untuk bernikah dengan lelaki bukan Islam. Jadi, apakah hukumnya jika lelaki yang hendak dijadikan suami itu tidak ingin untuk memeluk Islam.

JAWAPAN 

Perkahwinan antara perempuan Islam dan lelaki kafir adalah haram dan tidak sah kerana diharamkan yang demikian itu dengan nas Al-Quran dan ijmak.

Sekalipun lelaki kafir itu berjanji akan memeluk Islam selepas berkahwin tetap hukumnya tidak sah dan haram.

Suami adalah ketua keluarga maka apabila suami tidak beriman kepada Allah nescaya anak isterinya akan lebih berat kepada tidak beriman kepada Allah.

Firman Allah Taala :


وَلاَ تُنْكِحُواْ المشركين حتى يُؤْمِنُواْ


Artinya : “Dan jangan kamu wahai perempuan-perempuan beriman menikahi segala lelaki yang kafir itu sehinggalah mereka beriman.” (Al-Baqarah : 221)


Berkata Syeikh Ali As-Sobuni :


دلّ قوله تعالى: {وَلاَ تُنْكِحُواْ المشركين حتى يُؤْمِنُواْ} على حرمة تزويج المشرك بالمسلمة، والمراد بالمشرك هنا كل كافر لا يدين بدين الإسلام، فيشمل الوثني، والمجوسي، واليهودي، والنصراني، والمرتد عن الإسلام فكل هؤلاء يحرم تزويجهم بالمسلمة،
والعلة في ذلك أن الإسلام يعلو ولا يُعلى عليه. فللمسلم أن يتزوج باليهودية أو النصرانية وليس لليهودي أو النصراني أن يتزوج بالمسلمة،
وقد بيَّن الباري جل وعلا السبب بقوله: {أولئك يَدْعُونَ إِلَى النار} أي يدعون إلى الكفر الذي هو سبب دخول نار جهنم، فالرجل له سلطة وولاية على المرأة، فربما أجبرها على ترك دينها وحملها على أن تكفر بالإسلام، والأولاد يتبعون الأب فإذا كان الأب نصرانياً أو يهودياً. ربّاهم على اليهودية أو النصرانية فيصير الولد من أهل النار


Artinya : “Firman Allah ‘Dan jangan kamu wahai perempuan-perempuan beriman menikahi segala lelaki yang kafir itu sehinggalah mereka beriman’ itu menjadi dalil atas haram perkahwinan lelaki musyrik dengan perempuan beriman.


Dan yang dikehendaki dengan musyrik disini ialah sekelian orang kafir yang tidak beragama dengan agama Islam mencakupi kafir yang menyembah berhala dan majusi dan yahudi dan nasrani dan yang murtad dari agama Islam.

Maka sekelian mereka ini haram dikahwinkan mereka dengan perempuan beriman.

Dan sebab diharamkan itu ialah kerana sungguhnya Islam itu di atas tidak boleh ada yang lain mengatasi agama Islam. Maka harus bagi lelaki Islam berkawhin dengan perempuan yahudi dan nasrani bani Israel tetapi tidak boleh lelaki yahudi dan nasrani mengahwini perempuan beriman.

Dan Allah Taala telah menerangkan sebab yang demikian itu dengan firman-Nya : Mereka itu orang-orang kafir yang mengajak kepada api neraka artinya mengajak kepada kufur yang kufur itu adalah sebab bagi masuk neraka Jahannam.

Dan orang lelaki itu berkuasa dalam rumah tangga dan memerintah atas isteri maka boleh sahaja dia memaksa isterinya meninggalkan agama dan membawanya kepada meninggalkan agama Islam dan anak-anak pula mengikut akan bapa yang apabila bapanya nasrani atau yahudi nescaya bapa tersebut akan mendidik mereka menjadi yahudi dan nasrani. Maka jadilah anak itu dari kalangan ahli nereka.” (Kitab Rawai’ul Bayan)

Kesimpulan

Haram dan tidak sah perempuan beriman berkahwin dengan lelaki kafir dan jika telah bernikah wajib dipisahkan dengan segera dan wajib perempuan tersebut bertaubat.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca hukum wanita Islam bernikah dengan lelaki kafir di Facebook Oh! Media


Dikuasakan oleh Blogger.