Huawei Enjoy 20 Pro Menyokong Rangkaian 5G, Menggunakan Cip MediaTek Dimensity 800 - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Huawei Enjoy 20 Pro Menyokong Rangkaian 5G, Menggunakan Cip MediaTek Dimensity 800


Sebelum ni ada mengatakan yang Huawei Enjoy 20 Pro akan dilancarkan dan ternyata ianya benar, ia menggantikan Enjoy Z 5G yang sebelum ni diumumkan di China.

BACA : Huawei Melancarkan Enjoy Z 5G, Dijana Dengan Cip MediaTek Dimensity 800 5G


Smartphone ini akan didatangkan dengan skrin sebesar 6.5 inci Full HD yang menyokong refresh rate sehingga 90Hz. Ia akan dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 800 bersama memori 6GB RAM dan storage sebesar 128GB. Untuk bateri pula ia hadir dengan kapasiti 4,000mAh yang didatangkan dengan 22.5W fast charging.


Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan tiga kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultra wide + 2 megapixel makro. Untuk kamera hadapan pula hadir dengan 16 megapixel. Apa yang menariknya, smartphone ini menyokong rangkaian 5G gais.

Terfikir-fikir juga bilalah Malaysia nak support 5G sepenuhnya kan? Sebab sekarang ni hampir semua smartphone dikeluarkan dengan menyokong rangkaian 5G, so rugilah kalau kita tak dapat gunakannya.

Kredit: TechNave

+ Baca respon pembaca Huawei Enjoy 20 Pro di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.