Hotlink Tawarkan Pakej Data Dan Panggilan Tanpa Had Serendah RM35 Sebulan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Hotlink Tawarkan Pakej Data Dan Panggilan Tanpa Had Serendah RM35 Sebulan


Maxis baru jer mengesahkan yang mereka akan menawarkan pakej menarik kepada semua pengguna telko diluar sana yang dipanggil Hotlink Prepaid Unlimited. Hanya serendah RM35 untuk sebulan, korang boleh mengakses internet tanpa had dan membuat panggilan tanpa batasan gais.


Ada dua pelan sebenarnya yang hotlink tawarkan, satunya pada RM35 dan keduanya pada RM45. Apa yang membezakan mereka adalah kelajuan internet yang ditawarkan. Korang akan menerima kelajuan internet sehingga 3Mbps bagi pakej RM35 dan 2x ganda kelajuan internet iaitu 6Mbps pada harga RM45 jer gais.

Ada satu jer kelamahan tentang pelan ni iaitu kita tidak boleh berkongsi hotspot. Sekiranya nak gunakan hotspot, korang perlu add-on serendah RM1 jer untuk sejam. Harga yang ditawarkan iaitu RM35 dan RM45 tu adalah harga promosi dan harga sebenar akan dinaikkan kepada RM3 bagi setiap pelan berkenaan.

Kredit: TechNave

+ Baca respon pembaca pelan terbaru Hotlink di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.