Harga Runcit Petrol Naik Lagi! RON95 Masih Bawah RM1.50 - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Harga Runcit Petrol Naik Lagi! RON95 Masih Bawah RM1.50


Seperti biasa, setiap hari Jumaat akan ada kemaskini terbaru harga runcit petroleum. Kementeri Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan telah mengumumkan peningkatan harga ini yang bermula pada 6 Jun 2020 hingga 12 Jun 2020.

Harga baharu yang akan bermula pada jam 12 malam ini bagi RON97 adalah RM1.78 untuk seliter iaitu kenaikan sebanyak 5 sen daripada RM1.73.

RON95 juga hadapi kenaikan sebanyak 5 sen iaitu RM1.48 berbanding RM1.43 minggu ini.

Untuk harga runcit diesel hanya naik 2 sen iaitu RM1.63 berbanding RM1.61 minggu ini.


OHMEDIA: NAMPAKNYA RON95 MASIH DI BAWAH RM1.50 DAN BAIKLAH KITA NIKMATI HARGA RENDAH INI SEBELUM IA SEMAKIN MENINGKAT.

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan harga minyak di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.