Hampir 600 Kematian Dalam Sehari Di Amerika Syarikat - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Hampir 600 Kematian Dalam Sehari Di Amerika Syarikat


Kes Covid19 di Amerika Syarikat semakin meningkat dan kini telah mencatat hampir 1.8 Juta orang yang positif virus tersebut. Ini menjadikan Amerika kekal sebagai negara nombor satu di dunia dengan bilangan kes tertinggi.


Untuk pengetahuan korang, hampir 600 kematian yang direkodkan selama sehari di negara "Uncle Sam" tersebut. Hal ini pasti akan mencetuskan kebimbangan penduduk di sana. Kedegilan rakyat mereka juga merupakan faktor dan punca utama kepada peningkatan kes harian.


Justeru itu, kita yang berada di Malaysia ini perlu terus menjaga kesihatan dan tidak sesekali melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetepkan oleh kerajaan. Seperti kita sedia maklum kes Covid-19 di kalangan warganegara kini hanya mencatatkan 1 angka. Jika angka ini kekal rakyat Malaysia mempunyai harapan yang cerah untuk bebas dari virus berkenaan.

OHMEDIA: AMALKAN SOP YANG TELAH DILAKSANAKAN SUPAYA NEGARA KITA BEBAS DARI COVID-19 

Kredit: Berita Harian

+Baca respon pembaca hampir 600 kematian dalam sehari di Amerika Syarikat di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.