Gol Sendiri Pada Minit Akhir Bikin Sevilla Gelisah - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Gol Sendiri Pada Minit Akhir Bikin Sevilla Gelisah


Hasrat Sevilla untuk kekal berada di tangga ketiga La Liga sedikit terganggu apabila mereka terlepas 3 mata penuh selepas terikat 1-1 dalam perlawanan liga menentang Levante pagi tadi. Sevilla yang ingin melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan mempunyai peluang untuk mendapatkan gol pendahuluan pada minit ke-15 namun sepakan percuma yang diambil Munir hanya singgah di Palang.


Bersambung separuh masa kedua, Sevilla berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-46 menerusi penyerang mereka De Jong selepas beliau menyempurnakan hantaran dari Munir. Sembilan minit kemudian giliran Diego Carlos pula menyumbat gol kedua Sevilla namun jaringan tersebut dibatalkan kerana beliau menolak pemain lawan.


Usaha Sevilla untuk menambah jaringan selepas itu diteruskan dan memiliki beberapa serangan merbahaya serta percubaan yang hampir menewaskan penjaga gol Levante. Walaubagaimanapun, Levante berjaya menyamakan kedudukan 2 minit sebelum tamat perlawanan hasil jaringan sendiri Diego Carlos selepas bola yang ditepis penjaga gol terkena kaki beliau. Keputusan ini mengekalkan Sevilla di tangga ketiga serta diekori rapat oleh Real Sociedad dan Getafe.

OHMEDIA: SEVILLA PERLU BERKERJA KERAS PADA PERLAWANAN AKAN DATANG UNTUK MENDAPAT SLOT KE LIGA JUARA-JUARA EROPAH

+ Baca respon pembaca gol sendiri pada minit akhir bikin Sevilla gelisah di Facebook Oh! Media


Dikuasakan oleh Blogger.