Datuk Hattan Bersuara, Berharap Golongan Pemuzik Dan Penyanyi Tidak Dipinggirkan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Datuk Hattan Bersuara, Berharap Golongan Pemuzik Dan Penyanyi Tidak Dipinggirkan


Berikutan kerajaan memberi kebenaran untuk menjalankan kerja-kerja pengambaran bagi glongan penggiat drama, filem serta iklan, penyanyi lagu Rendang Tak Berbuah, Datuk Hattan bersuara agar kebenaran yang sama diberikan kepada golongan pemuzik dan penyanyi juga.

Datuk Hattan meluahkan pandangan tersebut kerana melihat golongan pemuzik dan penyanyi turut sama terjejas akibat pandemik yang berlaku kerana khilangan punca pendapatan kesan dari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan.



Hattan menjelaskan, golongan penyanyi dan pemuzik bersedia mengikuti SOP yang digariskan oleh kerajaan. Kerana jelasnya, dengan peluang ini, mereka dapat mencari rezeki bagi menampung kehidupan mereka. Turut menjelaskan, pihak stesen tv juga lebih suka memilih bulu, hanya mengundang penyanyi tertentu sahaja untuk membuat persembahan.

Tegas Datuk Hattan, tak semua artis mempunyai bakat dalam berniaga terutamanya secara atas talian. Oleh itu beliau berharap agar kebenaran yang sama diberikan bagi membolehkan golongan ini meneruskan kehidupan mereka.

OHMEDIA: HARAP KERAJAAN JUGA TIDAK TERLEPAS PANDANG GOLONGAN PENYANYI DAN PEMUZIK KERANA MEREKA JUGA TERJEJAS AKIBAT PANDEMIK INI.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Datuk Hattan bersuara untuk golongan penyanyi dan pemuzik di Facebook Oh! Media




Dikuasakan oleh Blogger.