Dengan foodpanda shops, Korang Dah Boleh Dapatkan Barangan Keperluan Hanya Dari Rumah - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Dengan foodpanda shops, Korang Dah Boleh Dapatkan Barangan Keperluan Hanya Dari Rumah


Sepertimana yang kita tahu, foodpanda memang terkenal dengan servis penghantaran makanan ke rumah. Memang senang lah kan tak payah keluar rumah pun dah boleh dapatkan makanan dari restoran kegemaran kita. Mesti ada juga yang terfikir, kan lagi best kalau ada servis penghantaran barangan keperluan ke rumah kan?

Pesan barangan keperluan di foodpanda shops


Kalau korang nak tahu, foodpanda juga telah sediakan foodpanda shops yang akan memudahkan korang untuk membuat pesanan barangan keperluan hanya dari rumah jer gais. Bukan tu jer, dengan servis dari foodpanda ni juga korang boleh nikmati penghataran tersebut dengan hanya RM0.99 jer untuk setiap pesanan sehingga 30 Jun nanti.

Senang giler, tinggal order jer! 


Korang boleh dapatkan barangan keperluan dari FamilyMart, Matahari Online, 7 Eleven, Shell, Petron dan banyak lagi dengan foodpanda shops ni. So, korang dah tak perlu nak buang masa untuk keluar, nak bersiap memandu nak mencari parking yang entah ada ke tak dekat kedai tu gais.

Jimat masa pulak tu

Korang nak sediakan makanan dekat rumah pun, foodpanda boleh tolong. Bukan tu jer, kalau korang tengah masak dan tiba-tiba baru perasan yang barang masakan tu dah habis, order jer dengan foodpanda shops! Tak sampai 25 minit jer barang yang korang pesan tu akan sampai dekat depan pintu nanti.

+ Baca respon pembaca foodpanda shops di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.